Saturday, September 29, 2012

LEMAK bukan penyebab utama keGEMUKan???

Semalam duk tukar-tukar channel. Dalam berpuluh-puluh channel yang ada kat Astro, takde satu pun yang sangkut kat sanubari ni. Akhirnya jumpa satu rancangan kat satu channel. Tajuknya " The Big Fat Reality" . Secara keseluruhan, rancangan ni memaparkan senario kegemukan atau obesiti yangn melanda seluruh dunia. Siap ada paparan khas di Malaysia. Terliur pulak tengok nasi lemak yang dipaparkan dalam rancangan tu..hehehe..

Menurut pakar dalam rancangan tersebut, tanggapan yang digunakan pakai selama ini iaitu lemak adalah punca kegemukan adalah salah dan perlu diubah...kuang kuang....Menurut beliau, setelah dikaji semula teori tersebut, punca sebenar kegemukan adalah daripada KARBOHIDRAT.

Menurut Encik Google, Karbohidrat adalah polimer semulajadi dan sejenis kelas makanan yang penting untuk membekalkan tenaga kepada manusia. Senang cerita, kalau badan kita tidak dapat karbohidrat yang cukup, alamatnya takde tenaga lah kita.Tapi, apabila karbohidrat diambil terlalu banyak, ia akan menjadi masalah obesiti atau kegemukan kerana dalam setiap makanan karbohidrat terkandung kandungan gula yang menyumbang kepada masalah kegemukan. Contoh makanan karbohidrat adalah nasi, roti, makanan berasaskan tepung gandum, mee dan sebagainya.Sebab tu bila menjalani proses diet, nasi adalah sangat-sangat disarankan untuk tidak diambil.

Oleh itu, berpada-padalah dalam bab makan. Dalam Islam sendiri menyarankan kita supaya sentiasa bersederhana.




Semuanya nampak sedapkan...nyum nyum...