Sunday, December 30, 2012

JALAN JERANGAU - JABOR KM139..Dimanakah??

Alhamdullillah, banjir dah semakin surut..
Alhamdullillah, jalan dah banyak boleh lalu..
Alhamdullillah, hari ini saya bernafas lagi..
Alhamdullillah, HARI INI DAH BOLEH PERGI KERJA..

Hehe, semangat betul nak pergi kerja kan.Almaklumlah, bercuti lama sebab banjir.Bermula hari Krimas, terus sambung sampai Khamis. Plus Jumaat dan Sabtu, total 5hari.

So, hari ini dengan riang ria dan gembira, di pagi yang hening, memandu ke TPK KG. AIR PUTIH.Sepanjang perjalanan, tengok hampir semua rumah masih ada kesan banjir.Semoga semua mangsa-mangsa banjir bersabar.

Dah hampir nak sampai ke taska, tetiba nampak signboard 'AWAS TANAH RUNTUH'. Barulah tahu kisah tanah runtuh yang berlaku di Kemaman (SILA BACA SURAT KHABAR/DENGAR BERITA YE) rupa-rupanya sebelah taska aku je. Masa kejadian, dalam kepala duk fikir kat mana lah lokasinya. Sebab takde pun nampak macam dekat laluan yang hari-hari aku lalu.

Dari luar pagar taska

Signboard ni dah dekat sangat dengan taska

Dari jalan masuk ke taska

Dalam kereta..waktu balik..masa ini hujan turun agak lebat..takut giler..
Harap-harap, tanah tak runtuh lagi. Selamatkan lah kami warga taska dan anak-anak taska..

Ok.Bye.Sambung study.Esok exam.

Saturday, December 29, 2012

CERITA HUJUNG TAHUN...BANJIR

Selepas beberapa tahun tidak dilanda banjir besar, akhirnya Kemaman(my hometown) dilanda banjir besar. Banyak jalan utama yang terpaksa ditutup akibat banjir. Tokki dan tok aku pun terpaksa berpindah sebab air banjir semakin naik.Bukan pindah ke mana pun, pindah rumah aku la.Orang cakap (aku rase mungkin betul kot) paras air naik sebab air empangan (Kenyir dan satu lagi aku tak pasti,tapi kat Besut la) dibuka dan dilimpahkan keluar.Jadi bila lambakan air (betul ke bahasa aku ni ek) ditambah dengan air pasang, maka terjadi la banjir yang amat dasyat. Tapi ok la kan daripada empangan tersebut pecah. Kalau pecah, alamatnya terkubur la nama TERENGGANU dalam sejarah Malaysia. Kalau area bandar, aku rase macam berpunca dari sistem perparitan. MPK,do your part now. Get the best solution.

Sebelum aku sambung study(exam KAAK isnin ni!!!),dipersembahkan beberapa gambar banjir..

Jalan utama Kemaman -Kuantan (depan bank)

Sekolahku..SMKChukai..dilanda banjir paras dada

Jalan utama ke rumah aku (Binjai)


Tak ketinggalan..TPK KG AIR PUTIH..hari isnin 24/12

Model..haha...dalam air banjir...
Akhirnya, hari ini banjir sudah semakin surut. ALHAMDULLILLAH.Harap-harap hujan tidak turun lebat dah.Terutamanya pada hari Isnin(tuan tanah terpaksa terangkat ke K.Terengganu untuk exam)


OK.Bye.Sambung study.

Tuesday, December 25, 2012

Sudah Pulang dari KAAK


Selamat kembali bersiaran setelah hampir sebulan tidak bersiar..Eceh,bajet retis artis..macam la ada orang yang baca entri ni.Tuan tanah je la duk menghadap belog ni hari-hari.

Alhamdullillah, kursus berjalan dengan lancar..Memang best giler kursus ni sebab dapat geng-geng sekursus yang sporting sumenya..Tempek gambar la untuk kenang-kenangan....


Tuan tanah yang semakin gemuxxx..

5star memang terbaikk...

Sebelum buat persembahan 'Pak Belang Yang Haloba'

Bersama pengarah..semua skema je..


Korang semua memang best..



Lagu tema 'Terima Kasih Guruku'