Friday, June 21, 2013

AKHIRNYA..JOB BARU.

Bersawang dah belog ni kerana kesibukan tuan empunya.
Dah bersawang tahap gaban dah ni..
Sibuk la sangat kan..

Memang super duper sibuk..
Aktiviti penuh..
Sibuk dengan aktiviti untuk kanak-kanak di TASKA.
Dengan hafazan, bengkel lagi..
Kursus pun berduyun-duyun.
Tapi, semua penat lelah berbaloi..
Sape sangka.kanak-kanak berusia 4tahun berjaya sampaikan STORY-TELLING..
Yang usia baru cecah 1tahun lebih pun mampu berada dipentas tanpa menangis..
Cikgu sayang korang..
Muah..muah..muahhhhh..

Tapi..
Semua gelak ketawa, tangisan, manja-manja  kanak-kanak ni
akan jadi kenangan dah ingatan buat selamanya..
sbb
.
.
.
.
.
.
AKU DAPAT KERJA BARU..
Hehehe..

Penantian yang cukup lama..
Setelah banyak pejabat aku kunjungi untuk temuduga..
Akhirnya membuahkan hasil...
Lepas update pasal kerja baru plak..

Akhirnya......

Ok.Salam.Babai..

Saturday, April 13, 2013

BAKING..BAKING..BAKING...

Selamat kembali bersiaran.Sekarang ni bila weekend je busy dengan aktiviti baru 
Apa lagi kalau bukan BAKING!!Hehehe..

Kita tempek gambar dulu.
Kenal tak??
Kek karamel..Dah lama teringin nak buat.
Last-last berjaya jugak buat.
Sampai tak cukup.
Request dari adik yang duk asrama pun tak buat lagi..hehehe

Seterusnya..

Kek ni memang femes...
Kek Choc Moist..
Ini order dari ofismate.Sekali order sampai dua bekas..
Next week pun order dah menunggu..
Weekend je boleh buat sebab hari kerja dah penat..
 
 
Ade sape-sape nak order??
hehehe..
 
Salam..Bye


Monday, April 1, 2013

MOIST CHOC CAKE

Lama dah tak menulis ni...

Tempek gambo je la ye..







Lai lai lai..sape berminat....


Tuesday, March 19, 2013

ANDAI BOLEH PUTARKAN SEMULA WAKTU.....

Kalau boleh putar balik waktu,
Nak je stay zaman sekolah rendah je,
Tak banyak masalah..

Kalau boleh putar balik waktu,
Nak je putar balik lepas SPM,
Sbb.
Rase macam best je kalu sambung diploma atau STPM..

Kalau boleh putar balik waktu,
Nak je putar selepas matrikulasi,
Ade keputusan yang dibuat yang akhinya
rase menyesal plak sebab salah pilih...

Tapi,
Kalau tak lalui semua tue,
Takde la kenangan macam hari ni..
Mungkin aku tak kenal siapa roomate aku yang best zaman matrik dulu..
Mungkin aku belum jumpa En Cintahati :)

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Tuesday, March 5, 2013

Patutkah yang aku terima?

Hari ni bekas bos aku wassup aku. Tanya pasal ada tak sape-sape yang nak kerja. Aku pun dengan selamba saja suggest nama sendiri. Tetibe bos aku cakap kalu nak apply la. Position offered jawatan yang lebih tinggi dari jawatan aku dulu..

Patutkah aku terima?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 1, 2013

BERTUNANG???

Dah lama tak menulis.
Dah naik bersawang blog ni.
Tuan tanah busy dan takde idea nak tulis ape..huhuhu..

Lately, rasa macam tahap jeles memakin membuak-buak bila sorang demi sorang kengkawan bertunang dan berkahwin. Memang jeles pon.
Rasa macam best je bila berkeluarga dan ada anak..hahaha.

Tapi, perlu ke bertunang? 
Ikut apa yang dirancangkan, kami decide tak nak tunang tunang bagai. 
Proses bertunang bagi aku proses mengenali pasangan (Macam kata Cik Ta).
 So, rasanya dah cukup mengenali En Cinta Hati rasenye..

Sekarang, semua perlukan duit. 
Apa yang aku duk fikir asyik nak save bajet je. 
Kalau decide nak bertunang, semestinya perlukan wang untuk majlis tersebut.
 Kalau tak, duit yang ada boleh terus guna untuk majlis kahwin nanti..kan kan kan..

Duk bersembang kat ofis, almaklum la semua nya anak dara, ada yang sependapat. 
Terus je kawen, takyah nak bertunang. Save bajet.

Korang rasa patut tak bertunang dulu? Or kawen je terus?

Ok.Bye.

Wednesday, February 20, 2013

HELP ME!!!I THINK I NEED NEW JOB

Bukan aku tak suka kerja sekarang..
Bukan aku tak minat kerja sekarang..
cume.....
Aku rasa aku perlukan kerja lain yang boleh mencabar minda..ecececehhh...

Kerja sekarang tidak cukup mencabar cume mencabar duit poket je..hehehe..

So, 

I THINK I NEED NEW JOB..

Ada sape-sape nak tolong aku tak???

Friday, January 25, 2013

LEMPENG UBI~MAKANAN TRADISIONAL


Dah lama tak bersiaran..hahaha..bajet retis.Macam la yang baca belog aku ni ramai sangat.
Sekarang ni musim hujan on off.Jap-jap hujan, jap-jap panas. Oleh sebab itu, area rumah aku ni akan tumbuh gerai menjual ubi kayu dengan pesatnya. Pagi hujan lebat, petang agak-agak cuaca macam mendung semacam je, mesti ada gerai jual ubi kayu dibuka. Rezeki penanam ubi kayu la kan.

So, nenek aku pun dengan gigih membuat lempeng ubi kayu untuk bagi cucu-cucu dia rasa makanan tradisional ini.Dari apa ayah aku cakap, proses nak buat dari ubi kayu hingga terjadinya lempeng ni sangat sukar dan mengambil masa yang lama. Ubi kayu perlu direndam dulu sampai lembik dan diperam. Kemudian, dibasuh dan dilenyek. Proses seterusnya aku tak pasti..hehe..

Rasanya, sedap la juga. Rasa ubi kayu dan digulung bersama kelapa parut.Sedapnya..

Sekian, Bye.

Saturday, January 19, 2013

Hujan oh hujan

Dah lama tak hujan.Hari ni dah start hujan balik. Harap-harap tak banjir.

Thursday, January 3, 2013

KAU..ENTRI EMOSIONAL TERAMAT..

Kau takde transport, aku ajak ko join aku..
Kau tak leh bawa barang sebab tak muat motor, aku juga yang tolong bawa..
Kau ada masalah yang ko saja cari, aku juga yang dengar masalah ntah pape ko tue..
Kau punya pasal aku, aku sanggup pergi hantar even jauh..
Kau punya  pasal, aku sampai tak pergi jumpa En Cintahati aku..

SEMUA SEBAB KAU..

Pasal kau tak boleh terima hakikat, ko buat bodoh je .Aku pulak yang rase bodoh duk mesej minta maaf.

Lepas ni,
Kau minta tolong, aku nak buat derk je..
Kau nak join, aku malas nak layan..
Kau nak tumpang aku g mane-mane, kau pergi la sendiri..
Even kat kemaman ni, aku dengan kau je yang kene attend pape, kau urus la sendiri.hahaha...

Dengan segala hormatnya diumumkan, nombor kau aku DELETE..

P/S : Betul kata En Cintahati.Tak rugi pun hilang kawan yang tak pernah rasa berterima kasih atau hargai apa kita dah buat. Tak kawan pun lagi bagus la. Mungkin kau sedang sedekahkan aku banyak pahala.Alhamdullilah..

Tuesday, January 1, 2013

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

Kalu bab gaji,dapat duit, makan free mesti semua orang suke kan (giler kentang tak suke). So, sempena hari pertama bekerja hari ini, aku tempek jadual gaji untuk tahun ni Tarikh dah tahu awal-awal, boleh la bajet-bajet ape yang patut.(Baru hari pertama dah kira bila gaji nak masuk..lalala..Simpan buat kawen yang penting..hehehe..)


Copy dari beritasemasa


Harap-harap ada berita gumbira dari YPKT..En Din, bila nak bagi naik gaji nih???