Sunday, December 30, 2012

JALAN JERANGAU - JABOR KM139..Dimanakah??

Alhamdullillah, banjir dah semakin surut..
Alhamdullillah, jalan dah banyak boleh lalu..
Alhamdullillah, hari ini saya bernafas lagi..
Alhamdullillah, HARI INI DAH BOLEH PERGI KERJA..

Hehe, semangat betul nak pergi kerja kan.Almaklumlah, bercuti lama sebab banjir.Bermula hari Krimas, terus sambung sampai Khamis. Plus Jumaat dan Sabtu, total 5hari.

So, hari ini dengan riang ria dan gembira, di pagi yang hening, memandu ke TPK KG. AIR PUTIH.Sepanjang perjalanan, tengok hampir semua rumah masih ada kesan banjir.Semoga semua mangsa-mangsa banjir bersabar.

Dah hampir nak sampai ke taska, tetiba nampak signboard 'AWAS TANAH RUNTUH'. Barulah tahu kisah tanah runtuh yang berlaku di Kemaman (SILA BACA SURAT KHABAR/DENGAR BERITA YE) rupa-rupanya sebelah taska aku je. Masa kejadian, dalam kepala duk fikir kat mana lah lokasinya. Sebab takde pun nampak macam dekat laluan yang hari-hari aku lalu.

Dari luar pagar taska

Signboard ni dah dekat sangat dengan taska

Dari jalan masuk ke taska

Dalam kereta..waktu balik..masa ini hujan turun agak lebat..takut giler..
Harap-harap, tanah tak runtuh lagi. Selamatkan lah kami warga taska dan anak-anak taska..

Ok.Bye.Sambung study.Esok exam.

Saturday, December 29, 2012

CERITA HUJUNG TAHUN...BANJIR

Selepas beberapa tahun tidak dilanda banjir besar, akhirnya Kemaman(my hometown) dilanda banjir besar. Banyak jalan utama yang terpaksa ditutup akibat banjir. Tokki dan tok aku pun terpaksa berpindah sebab air banjir semakin naik.Bukan pindah ke mana pun, pindah rumah aku la.Orang cakap (aku rase mungkin betul kot) paras air naik sebab air empangan (Kenyir dan satu lagi aku tak pasti,tapi kat Besut la) dibuka dan dilimpahkan keluar.Jadi bila lambakan air (betul ke bahasa aku ni ek) ditambah dengan air pasang, maka terjadi la banjir yang amat dasyat. Tapi ok la kan daripada empangan tersebut pecah. Kalau pecah, alamatnya terkubur la nama TERENGGANU dalam sejarah Malaysia. Kalau area bandar, aku rase macam berpunca dari sistem perparitan. MPK,do your part now. Get the best solution.

Sebelum aku sambung study(exam KAAK isnin ni!!!),dipersembahkan beberapa gambar banjir..

Jalan utama Kemaman -Kuantan (depan bank)

Sekolahku..SMKChukai..dilanda banjir paras dada

Jalan utama ke rumah aku (Binjai)


Tak ketinggalan..TPK KG AIR PUTIH..hari isnin 24/12

Model..haha...dalam air banjir...
Akhirnya, hari ini banjir sudah semakin surut. ALHAMDULLILLAH.Harap-harap hujan tidak turun lebat dah.Terutamanya pada hari Isnin(tuan tanah terpaksa terangkat ke K.Terengganu untuk exam)


OK.Bye.Sambung study.

Tuesday, December 25, 2012

Sudah Pulang dari KAAK


Selamat kembali bersiaran setelah hampir sebulan tidak bersiar..Eceh,bajet retis artis..macam la ada orang yang baca entri ni.Tuan tanah je la duk menghadap belog ni hari-hari.

Alhamdullillah, kursus berjalan dengan lancar..Memang best giler kursus ni sebab dapat geng-geng sekursus yang sporting sumenya..Tempek gambar la untuk kenang-kenangan....


Tuan tanah yang semakin gemuxxx..

5star memang terbaikk...

Sebelum buat persembahan 'Pak Belang Yang Haloba'

Bersama pengarah..semua skema je..


Korang semua memang best..



Lagu tema 'Terima Kasih Guruku'

Sunday, November 18, 2012

KURSUS..BLOG BERCUTI!!!!

Salam uolls...bajet cam blog ni ade yang bace je..hahaha..

Dengan ini dimaklumkan bahawa blog ini akan sunyi tanpa sebarang update bermula 18hb November kerana tuan tanah secara paksa rela akan berkursus selama 3minggu...

Tuan tanah akan menghadiri KURSUS ASAS ASUHAN KANAK_KANAK ye uolls (cm la ade orang yang nak tahu..hehe)..Dah tujuan blog ni untuk dijadikan diari, so sepuluh tahun akan datang pun tuan tanah akan ingat tarikh pergi kursus...

Kursus ini sebenarnya adalah untuk melengkapkan diri sebagai pendidik pra sekolah yang berjaya.
Walaupun dah berjaya menjadi pendidik yang baik, bersopan, kreatif & 'cute'(sila muntah) selama 6 bulan, kursus ni akan lebih mantopkan lagi pengetahuan yang ada. Kot-kot masa akan datang nak buka taska sendiri, kelayakan pertama dah ada..

Oklah, entri lain yang duk tertangguh kat draft akan di post kemudian.

Sekian, terima kasih...

Friday, November 9, 2012

Entry merapu..

Dah lama tak post pape entry...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SAYA NAK KURUS!!!SAYA DAH GEMUK!!!

Sekian,terima kasih....

Saturday, October 13, 2012

Entry makan-makan : A&W



Hari ini mood makan-makan. Dah lama tak menapak ke restoran A&W nie. Request by adik bongsu, katanya nak makan 'Waffle in Mug'. Sampai je kat sana, order la apa yang nak dimakan. Tapi takde la plak. Jadi, order la 'Waffle in Plate' double scoop. Ingatkan kecik je, sekali gedabak besar. Nasib baik tak buat tamak bin haloba tadi. Kalau tak, maunya tersadai kami berdua..hehehehe...Apapun, kenyang la perut kami berdua..


Waffle double scoop, large float, nugget & french fries...ranap diet aku hari ni..hahaha..

Saturday, October 6, 2012

Entri terima kasih.....

Entri ni dah lama duk dalam 'draft'..Dah nak jadi entri basi..hehehe...Tapi nak cerita jugak..Macam la blog aku nie ada pembaca kan....Kira-kira seminggu yang lalu, Bajet 2013 telah selesai dibentangkan oleh PM. Biasa lah, lumrah manusia, cakap-cakap belakang mesti ada lepas tue kan..

Anyway, sebagai belia dibawah umur 30tahun , single and but not available dan pendapatan RM2k kebawah, dapat lah jugak menikmati keuntungan sempena Bajet 2013. Terima kasih sebab nak bagi RM250 untuk BR1M 2.0 dan rebat RM 200 untuk pembelian telefon 3G. Walaupun nilainya tidak la banyak sangat, tapi bersyukur lah dengan apa yang diterima. Lebih baik ada dari terus takde langsung kan...

Satu lagi, terima kasih sebab umumkan bonus penjawat awam sebulan setengah tahun ni. Jadi, dapatlah baki sebulan lagi. Gaji ciput je, kira bersyukur la kan sebab diberi peluang untuk bekerja..Alhamdullilah....

Alang-alang entri terima kasih ni, kira nak gaul sekali la terima kasih yang lain..

Terima kasih kat Abah & Mak sebab....jaga Along dari dulu sampai sekarang...& sebab faham anakandanya ni gaji takde la besar mane...hehehe..

Terima kasih kat Mr R sebab....tolong gak bagi duit belanja skit-skit & dengar luahan hati yang asyik tak puas hati nie..hehehehe

Terima kasih kat semua guru-guru sebab....ajar saya jadi pandai, sabar dengan perangai saya yang suka tidur..hahaha

Terima kasih kat kawan-kawan sebab...jadi guru tak bertauliah untuk aku & lain kepala ting tong aku ni...

Terima kasih semua.....

Saturday, September 29, 2012

LEMAK bukan penyebab utama keGEMUKan???

Semalam duk tukar-tukar channel. Dalam berpuluh-puluh channel yang ada kat Astro, takde satu pun yang sangkut kat sanubari ni. Akhirnya jumpa satu rancangan kat satu channel. Tajuknya " The Big Fat Reality" . Secara keseluruhan, rancangan ni memaparkan senario kegemukan atau obesiti yangn melanda seluruh dunia. Siap ada paparan khas di Malaysia. Terliur pulak tengok nasi lemak yang dipaparkan dalam rancangan tu..hehehe..

Menurut pakar dalam rancangan tersebut, tanggapan yang digunakan pakai selama ini iaitu lemak adalah punca kegemukan adalah salah dan perlu diubah...kuang kuang....Menurut beliau, setelah dikaji semula teori tersebut, punca sebenar kegemukan adalah daripada KARBOHIDRAT.

Menurut Encik Google, Karbohidrat adalah polimer semulajadi dan sejenis kelas makanan yang penting untuk membekalkan tenaga kepada manusia. Senang cerita, kalau badan kita tidak dapat karbohidrat yang cukup, alamatnya takde tenaga lah kita.Tapi, apabila karbohidrat diambil terlalu banyak, ia akan menjadi masalah obesiti atau kegemukan kerana dalam setiap makanan karbohidrat terkandung kandungan gula yang menyumbang kepada masalah kegemukan. Contoh makanan karbohidrat adalah nasi, roti, makanan berasaskan tepung gandum, mee dan sebagainya.Sebab tu bila menjalani proses diet, nasi adalah sangat-sangat disarankan untuk tidak diambil.

Oleh itu, berpada-padalah dalam bab makan. Dalam Islam sendiri menyarankan kita supaya sentiasa bersederhana.




Semuanya nampak sedapkan...nyum nyum...
                                                       
                 

Tuesday, August 28, 2012

Resepi - Kek Marbel A.K.A Kek Belang

Resepi ni kira resepi paling senang la untuk buat kek. Sape-sape yang baru nak belajar buat kek, boleh cuba resepi ni dulu..cekedaut..

Bahan-bahan:

250gm Mentega
250gm Gula Kastor
250gm Tepung Naik Sendiri
6 biji Telur
Esen vanila

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
5. Kemudian bahagikan mengikut warna yang disukai.[Biasanya campur milo untuk rasa coklat, pewarna merah dan pewarna kuning]
6. Masukkan ke dalam dulang pembakar berselang seli.
7. Bakar sampai masak....hehehehe

Thursday, August 23, 2012

Cerita beraya 2012


Hari raya pertama berjalan seperti tahun sebelumnya. Salam mak dan abah, adik-beradik. Kemudian, terus ke rumah atuk belah abah. Bukan jauh pon, dalam 5 minit je. Lepas dah jumpa semua sedara-mara yang ada kat rumah atuk, bermulalah ekspedisi menjelajah rumah sedara-mara yang lain. Itu pun hanya 3 buah rumah kerana abah berkerja belah petang.

Esoknya, kami beraya di kampung yang terletak di Kota Gelanggi 4 pada hari raya kedua dan ketiga. Dapatlah melawat kubur arwah atuk yang telah pergi pada 31.03.2012 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan golongan yang beriman.Alfatihah.

Dua hari berada dikampung, satu topik klise adalah pertanyaan bila nak kawen..huhuhu...jawapan ialah.............esok pon boleh..hahaha...Tapi, hajat hati memang nak cepatkan urusan tersebut. Tapi memandangkan urusan kerjaya aku yang masih tak tentu arah, buat aku berfikir berkali-kali.Tak kan nak harapkan belas ihsan sang suami je nanti.Sangat lah tidak seronok.InsyaALLAH, bak kata orang, perkara yang baik akan segera dipermudahkan. Itulah doa aku setiap hari.

Harap-harap, ada rezeki yang lebih baik untuk aku selepas raya ni. AMIIN.

P/S : Blog ni kurang gambar sebab tuan tanah pemalas skit nak letak pic.hehehe..

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya untuk semua.Maaf zahir dan batin.
Moga2 tahun ini lebuh baik dari tahun lepas.
Raya raya jugak, jangan terlebih makan sudah[peringatan untuk diri sendiri..hehehe..]


Tuesday, August 7, 2012

Jom Main Masak - Masak ~ Puding Gula Hangus

Puding ini cukup glamer waktu bulan puasa.Boleh dikatakan kebanyakkan gerai kat bazar ade jual puding ni. Kadang-kadang pahit sebab gula hangus dah jadi gula hangit..kuang3..Ni salah satu resepi yang mudah untuk buat puding ni.

PUDING GULA HANGUS [PUDING KARAMEL]

Bahan -bahan :
3 sudu gula pasir - dijadikan gula hangus
1 tin susu pekat [saya kurangkan jumlah susu sebab manis sangat. Terpulang ikut suka]
7 biji telur
1 cawan air

Cara-caranya:
1. Cairkan gula untuk dijadikan gula hangus. Ketepikan.
2. Pukul telur sampai berbuih. Kemudian masukkan susu dan kacau rata.
3. Masukkan air.
4. Tuangkan campuran telur, susu dan air tadi ke dalam bekas yang berisi gula hangus.
5. Kukus sampai masak. Dah siap.





Monday, August 6, 2012

Cerita Olimpik London 2012

Riuh sana sini pasal sukan Olimpik. Macam-macam cerita yang keluar. Yang agak mengejutkan apabila 4 beregu badminton wanita [2 dari Korea, 1 dari Indonesia & 1 dari China] dibatalkan penyertaan kerana dikatakan mengatur perlawanan. Biasalah kan, setiap orang nak kan kemenangan.

Yang paling hot adalah harapan emas pertama Malaysia iaitu Dato' Lee Chong Wei [DLCW]. Walaupun gagal mendapatkan emas untuk negara, sekurang-kurangnya kekalahan beliau bukan satu kekalahan yang mudah. Pendek kata, kekalahan bermaruah. Corak permainan yang cukup menarik. DLCW, kami rakyat Malaysia berbangga dengan anda.

Aku tak pasti berapa lagi baki untuk sukan Olimpik. Yang pasti, harap-harap ada jugak la pingat emas untuk Malaysia.Akhir kata, majulah sukan untuk negara!!!

Thursday, July 19, 2012

Dengan Ini Diisyhtiharkan.....

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Bersama-samalah kita menunaikan rukun Islam ini dengan istiqamah. Perbanyakkan amalan. [Peringatan untuk diri sendiri jugak..hehehe]

Tuesday, July 3, 2012

Julai sudah menjelma..kerja menimbun...

Dah lama tak menaip..
Kerja terlalu banyak. Bulan ni jadual sangat padat. Semua nak kerja sebelum Ramadhan yang ada lebih kurang 20hari je lagi.


Saya kePENATan..

Saturday, June 9, 2012

Kini sudah bulan Jun

Dah lama tak menaip.Sekarang sibuk dengan kerja. Alhamdullilah, bermula awal bulan lepas telah pun bertukar kepada kerjaya yang baru. Walaupun kerjaya tersebut akhirnya saya rasa cam kurang sesuai dengan jiwa,tapi bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan. Semoga Allah berikan rezeki yang lebih baik di masa akan datang.

Dalam sibuk bekerja, dapat plak satu surat untuk menghadiri ujian bertulis untuk jawatan PTN. Alhamdullillah, setelah lama mintak kerja tue, akhirnya langkah pertama pun tiba. Sekarang menunggu keputusan tersebut. Harap- harap ada rezeki kali ini.

Last but not least,akhirnya semua parcel yang dinantikan telah pun selamat diterima. Cuma belum sempat pakai lagi. Kali ini, bagi cerita je dulu. Lain kali baru tempek gambar - gambar plak.

Tuesday, May 15, 2012

Sesuatu yang tidak dijangka...sesungguh rahsia itu milik NYA

Dalam kepenatan balik kerja, tup tup dapat surat yang tidak dijangka...
Alhamdullillah itulah rezeki...walaupun belum pasti, tapi itulah permulaannya..
Semoga akhirnya nanti mendapat apa yang diinginkan...


Wednesday, May 9, 2012

Sesuatu yang diinginkan kadang-kadang bukan milik kita...

Yang ditunggu sudah kunjung tiba...
Tp...
Kadang-kadang apa yang berlaku selepas itu bukan seperti yang kita inginkan...

Redha la kot dengan apa yang berlaku..
Semoga ada hikmah disebaliknya...
Semoga Yang Berkuasa kurniakan yang lebih baik selepas ini...
Mungkin ini salah satu ujian & dugaan Nya kepada hamba nya ini...
Teringat kawan pernah cakap..
Allah tidak akan berikan ujian sekiranya kita tidak mampu hadapi...
Semua yang berlaku mengajar aku untuk lebih sabar...
Semoga aku dapat terus bersabar....

Harap-harap ada berita baik nanti....:)

Tuesday, April 24, 2012

..penantian adalah satu penyiksaan...

mood : menunggu...
terus menunggu....

smlm dapat satu call yang agak gembira...
harap-harap ada cerita yang gembira minggu ini....

Sunday, April 22, 2012

Bila tiba waktu itu???

Salam untuk semua...
Sekarang sedang menunggu 'sesuatu'..
Harap-harap cepat lah ia tiba....