Riuh sana sini pasal sukan Olimpik. Macam-macam cerita yang keluar. Yang agak mengejutkan apabila 4 beregu badminton wanita [2 dari Korea, 1 dari Indonesia & 1 dari China] dibatalkan penyertaan kerana dikatakan mengatur perlawanan. Biasalah kan, setiap orang nak kan kemenangan.
Yang paling hot adalah harapan emas pertama Malaysia iaitu Dato' Lee Chong Wei [DLCW]. Walaupun gagal mendapatkan emas untuk negara, sekurang-kurangnya kekalahan beliau bukan satu kekalahan yang mudah. Pendek kata, kekalahan bermaruah. Corak permainan yang cukup menarik. DLCW, kami rakyat Malaysia berbangga dengan anda.
Aku tak pasti berapa lagi baki untuk sukan Olimpik. Yang pasti, harap-harap ada jugak la pingat emas untuk Malaysia.Akhir kata, majulah sukan untuk negara!!!
No comments:
Post a Comment