Thursday, August 23, 2012
Cerita beraya 2012
Hari raya pertama berjalan seperti tahun sebelumnya. Salam mak dan abah, adik-beradik. Kemudian, terus ke rumah atuk belah abah. Bukan jauh pon, dalam 5 minit je. Lepas dah jumpa semua sedara-mara yang ada kat rumah atuk, bermulalah ekspedisi menjelajah rumah sedara-mara yang lain. Itu pun hanya 3 buah rumah kerana abah berkerja belah petang.
Esoknya, kami beraya di kampung yang terletak di Kota Gelanggi 4 pada hari raya kedua dan ketiga. Dapatlah melawat kubur arwah atuk yang telah pergi pada 31.03.2012 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan golongan yang beriman.Alfatihah.
Dua hari berada dikampung, satu topik klise adalah pertanyaan bila nak kawen..huhuhu...jawapan ialah.............esok pon boleh..hahaha...Tapi, hajat hati memang nak cepatkan urusan tersebut. Tapi memandangkan urusan kerjaya aku yang masih tak tentu arah, buat aku berfikir berkali-kali.Tak kan nak harapkan belas ihsan sang suami je nanti.Sangat lah tidak seronok.InsyaALLAH, bak kata orang, perkara yang baik akan segera dipermudahkan. Itulah doa aku setiap hari.
Harap-harap, ada rezeki yang lebih baik untuk aku selepas raya ni. AMIIN.
P/S : Blog ni kurang gambar sebab tuan tanah pemalas skit nak letak pic.hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment