Resepi ni kira resepi paling senang la untuk buat kek. Sape-sape yang baru nak belajar buat kek, boleh cuba resepi ni dulu..cekedaut..
Bahan-bahan:
250gm Mentega
250gm Gula Kastor
250gm Tepung Naik Sendiri
6 biji Telur
Esen vanila
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
5. Kemudian bahagikan mengikut warna yang disukai.[Biasanya campur milo untuk rasa coklat, pewarna merah dan pewarna kuning]
6. Masukkan ke dalam dulang pembakar berselang seli.
7. Bakar sampai masak....hehehehe
Tuesday, August 28, 2012
Thursday, August 23, 2012
Cerita beraya 2012
Hari raya pertama berjalan seperti tahun sebelumnya. Salam mak dan abah, adik-beradik. Kemudian, terus ke rumah atuk belah abah. Bukan jauh pon, dalam 5 minit je. Lepas dah jumpa semua sedara-mara yang ada kat rumah atuk, bermulalah ekspedisi menjelajah rumah sedara-mara yang lain. Itu pun hanya 3 buah rumah kerana abah berkerja belah petang.
Esoknya, kami beraya di kampung yang terletak di Kota Gelanggi 4 pada hari raya kedua dan ketiga. Dapatlah melawat kubur arwah atuk yang telah pergi pada 31.03.2012 yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan golongan yang beriman.Alfatihah.
Dua hari berada dikampung, satu topik klise adalah pertanyaan bila nak kawen..huhuhu...jawapan ialah.............esok pon boleh..hahaha...Tapi, hajat hati memang nak cepatkan urusan tersebut. Tapi memandangkan urusan kerjaya aku yang masih tak tentu arah, buat aku berfikir berkali-kali.Tak kan nak harapkan belas ihsan sang suami je nanti.Sangat lah tidak seronok.InsyaALLAH, bak kata orang, perkara yang baik akan segera dipermudahkan. Itulah doa aku setiap hari.
Harap-harap, ada rezeki yang lebih baik untuk aku selepas raya ni. AMIIN.
P/S : Blog ni kurang gambar sebab tuan tanah pemalas skit nak letak pic.hehehe..
Sunday, August 19, 2012
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya untuk semua.Maaf zahir dan batin.
Moga2 tahun ini lebuh baik dari tahun lepas.
Raya raya jugak, jangan terlebih makan sudah[peringatan untuk diri sendiri..hehehe..]
Moga2 tahun ini lebuh baik dari tahun lepas.
Raya raya jugak, jangan terlebih makan sudah[peringatan untuk diri sendiri..hehehe..]
Tuesday, August 7, 2012
Jom Main Masak - Masak ~ Puding Gula Hangus
Puding ini cukup glamer waktu bulan puasa.Boleh dikatakan kebanyakkan gerai kat bazar ade jual puding ni. Kadang-kadang pahit sebab gula hangus dah jadi gula hangit..kuang3..Ni salah satu resepi yang mudah untuk buat puding ni.
PUDING GULA HANGUS [PUDING KARAMEL]
Bahan -bahan :
3 sudu gula pasir - dijadikan gula hangus
1 tin susu pekat [saya kurangkan jumlah susu sebab manis sangat. Terpulang ikut suka]
7 biji telur
1 cawan air
Cara-caranya:
1. Cairkan gula untuk dijadikan gula hangus. Ketepikan.
2. Pukul telur sampai berbuih. Kemudian masukkan susu dan kacau rata.
3. Masukkan air.
4. Tuangkan campuran telur, susu dan air tadi ke dalam bekas yang berisi gula hangus.
5. Kukus sampai masak. Dah siap.

Monday, August 6, 2012
Cerita Olimpik London 2012
Riuh sana sini pasal sukan Olimpik. Macam-macam cerita yang keluar. Yang agak mengejutkan apabila 4 beregu badminton wanita [2 dari Korea, 1 dari Indonesia & 1 dari China] dibatalkan penyertaan kerana dikatakan mengatur perlawanan. Biasalah kan, setiap orang nak kan kemenangan.
Yang paling hot adalah harapan emas pertama Malaysia iaitu Dato' Lee Chong Wei [DLCW]. Walaupun gagal mendapatkan emas untuk negara, sekurang-kurangnya kekalahan beliau bukan satu kekalahan yang mudah. Pendek kata, kekalahan bermaruah. Corak permainan yang cukup menarik. DLCW, kami rakyat Malaysia berbangga dengan anda.
Aku tak pasti berapa lagi baki untuk sukan Olimpik. Yang pasti, harap-harap ada jugak la pingat emas untuk Malaysia.Akhir kata, majulah sukan untuk negara!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)